LAMAN UTAMA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua warga SMK Madai. Semoga kita semua dapat melangkah ke tahun 2017 dengan penuh iltizam dan mampu mendukung cabaran untuk melaksanakan dan menunaikan segala amanat dan janji yang telah dipertanggungjawabkan.

Selaras dengan anjakan ke-9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025, sesungguhnya kolaborasi dalam semua aspek amat diperlukan daripada semua warga sekolah ini bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Kerjasama yang erat bagai aur dengan tebing diharap dapat membawa perubahan bersepadu dalam mengangkat martabat sekolah sekali gus mengangkat martabat pendidikan di Malaysia.

 Kita sedia maklum bahawa tahun 2016 merupakan tahun akhir gelombang pertama PPPM. Di tahun baharu ini, segala tindakan harus selari dengan lima aspirasi dan enam pencapaian murid. Keberhasilan murid perlu diterjemahkan melalui anjakan paradigma sekolah abad 21. Para guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran bilik darjah abad 21 dengan kepelbagaian aktiviti seperti KBAT dan I-THINK.

 Slogan KPM 2017 ialah Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak  hendaklah diberikan perhatian dalam membina modal insan. Para pelajar hendaklah dididik untuk belajar membuat sapaan,memberi laluan dan kebersihan. Justeru itu, nilai-nilai murni perlu menjadi amalan harian dalam kehidupan seharian seperti saling menghormati, saling mempercayai antara satu sama lain, menjalin kerjasama yang erat, ikhlas dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

 Intipati seperti ini pasti dapat menjadikan sekolah ini cemerlang daripada segi akademik, kokurikulum, akhlak dan sahsiah, seterusnya menjadi bangsa Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Sekian terima kasih.

DR. DALMANSA BIN TAHIL

Pengetua

SMK Madai,

Kunak, Sabah.

Advertisements